Dilema mak-mak di rumah antaranya ialah untuk menyediakan menu makan tak kiralah dari sarapan, makan tengahari sampailah ke malam hari. Pening kan duk fikir nak masak apa hari ini ? Sebab tu ana suka kalau rakan-rakan FB misalnya share menu-menu masakan mereka, secara tak langsung memberi sedikit sebanyak idea untuk kita pula memasaknya bila dah cukup bahan. Ubahlah persepsi negatif yang kononnya bila orang upload gambar makanan tu riak, menunjuk dan sebagainya. Boleh sahaja kita ambil dari sudut yang baik-baik, semua pun terpulang pada hati masing-masing untuk penerimaannya, kan. Hari ini ana nak kongsikan dua menu makan tengahari kami sekeluarga baru-baru ini, dua-dua bertema kan kari.. Haaa ala-ala menu makan kat kedai nasi kandar gitu, kan. Sedap juga sesekali tukar selera. Ana masak kari sayur di makan dengan ayam goreng berempah. Jomm... Resepi kari sayur 1 peket serbuk kari daging Mak Siti Ubi Kentang Kacang bendi Lobak merah Tomato Ikan bilis Air asam jawa Bawang merah Bawang putih Santan Garam Cara masak kari sayur - Tumbuk bawang merah dan bawang putih. - Masukkan serbuk rempah Mak Siti . - Bancuhkan dengan sedikit air asam jawa supaya rempah sebati. - Panaskan minyak dan tumiskan rempah hingga pecah minyak. - Masukkan kentang yang di belah empat bersama lobak merah. - Masukkan ikan bilis yang di kopek. Gaul sebati. - Masukkan santan dan biarkan mendidih. - Bila dah mendidih baharulah masukkan kacang bendi dan juga tomato. - Rasakan dengan garam dan matikan api sedia untuk hidangan. Ayam goreng berempah Resepi ayam goreng berempah ni sama sahaja macam yang selalu di masak. Perapkan sahaja ayam yang dah dibersihkan bersama bawang merah, bawang putih, serai yang di hiris halus dan di tumbuk. Juga perapkan dengan jintan manis, rempah kari daging Mak Siti, serbuk cili, daun kari ,garam, kunyit secukup rasa. Gorengkan di dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana agar masak sempurna. Begitulah menu makan tengahari kami ,Alhamdulillah rezeki yang amat di syukuri. Boleh lah nak cuba nanti kay, mana tahu bertambah selera makan kita sekeluarga dengan menu kari kali ni.
4zi141D.